Syarikat pinjaman Coshare yang sinonim dengan pinjaman peribadi kini mengorak langkah lebih jauh lagi dengan bukan hanya membuka cawangan di setiap negeri di semenanjung Malaysia, tetapi di Sabah dan Sarawak juga. Tetapi, ini sedikit pun tidak menghairankan saya kerana dengan suntikan kewangan yang kukuh dari Kuwait Finance House (KFH) dan Bank Al Rajhi, syarikat ini sudah tentu boleh berkembang dengan sangat pantas.
Perkembangan ini juga sudah tentu memberikan peluang yang baik kepada penduduk di Sabah termasuklah mereka yang tinggal di daerah seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, Kota Belud, Pitas, Kota Marudu, Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau, Keningau, Tenom, Tambunan, Papar, Beaufort dan Sipitang yang ingin mengubah dan memperbaiki kedudukan kewangan mereka.
Membuat pinjaman dengan Coshare mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan pinjaman yang lain seperti pinjaman koperasi. Pertama sekali, anda akan mendapat bayaran/payout wang tunai yang tinggi berbanding dengan pinjaman dari institusi kewangan lain kerana payout atau bayaran tunai yang diberi oleh Coshare adalah sebanyak 99.1%. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan badan koperasi hanya memberi bayaran/payout sekitar 90% hingga 96% sahaja.
Supaya anda lebih faham lagi, saya berikan contoh di sini. Sekiranya peminjam mahu meminjam wang sebanyak RM100,000, koperasi hanya memberi bayaran/payout sebanyak 95% sahaja, yang mana peminjam iaitu anda hanya akan mendapat tunai bersih sebanyak RM95,000 saja. Jadi anda boleh lihat yang peminjam akan kehilangan lebihan wang sebanyak RM5,000 dan jumlah ini sangat banyak dan anda sepatutnya boleh buat sesuatu dari wang lebihan ini.
Kelebihan kedua ialah, tidak ada yuran keahlian atau caruman dan juga tiada potongan melalui biro angkasa. Oleh kerana syarikat pinjaman Coshare adalah bukan badan koperasi, peminjam tidak perlu menjadi ahli terlebih dahulu sebagai memenuhi syarat untuk layak mendapat pinjaman. Oleh itu, peminjam akan dapat menjimatkan yuran keahlian dan juga tidak perlu merasa risau untuk membayar caruman bulanan atau seumpama dengannya. Potongan ansuran bulanan pula akan dibuat melalui kod potongan gaji syarikat Coshare sendiri. Akan tetapi, para peminjam koperasi bukan sahaja perlu membayar yuran keahlian, malahan terpaksa juga membayar caruman setiap bulan. Jadi, jangan risau kalau anda berhajat untuk meminjam dengan Coshare kerana perkara begini tidak akan berlaku.
Kelebihan ketiga ialah, kadar keuntungan / interest yang Coshare kenakan adalah antara yang terendah di pasaran Malaysia. Kadar keuntungan yang mereka kenakan adalah lebih rendah berbanding dengan bank-bank komersil dan institusi kewangan lain di Malaysia iaitu serendah 3.99% sahaja. Walaupun pihak bank tidak membenarkan pemohon yang telah disenaraihitamkan / blacklist, CTOS dan CCRIS untuk membuat pinjaman, mereka ini masih boleh dan layak memohon pinjaman di Coshare tapi tertakluk kepada terma dan syarat. Salah satu syarat yang dikenakan bagi mereka yang berada dalam situasi tadi ialah jumlah pinjaman sedia ada tidak boleh melebihi RM30,000 dan beberapa lagi syarat yang lain.
Kelebihan yang keempat pula ialah, pemohon mudah membuat pinjaman bertindih / overlap dan jumlah pinjaman yang boleh dipohon mencecah sehingga RM 200,000.00 dengan tempoh bayaran balik sehingga 20 tahun. Anda juga boleh merujuk sendiri jadual bayaran balik pinjaman peribadi Coshare disini. Dengan pihak Coshare, anda juga boleh membuat pinjaman overlap ataupun menutup pinjaman anda yang lain kerana kadar keuntungan / interest yang ditawarkan adalah lebih rendah dan pada masa yang sama memberikan bayaran / payout yang tinggi. Mana-mana kakitangan kerajaan, penjawat awam, badan berkanun atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak berjaya membuat overlap dengan pihak lain, bolehlah mencuba pula dengan Coshare terutama mereka yang telah membuat pinjaman dengan kadar keuntungan yang tinggi di institusi kewangan yang lain. Lagipun, mereka yang telah di Blacklist, CTOS, CCRIS juga layak memohon pinjaman dengan Coshare.
Jadi, jika anda berhasrat untuk membuat pinjaman peribadi, maka syarikat Coshare merupakan pilihan yang tepat dan bijak. Anda juga boleh menyemak kelayakan secara online sekarang. Selamat berjaya.